Tag Archives: Beelzebub

Beelzebub 225 : Oga Tatsumi, Beel dan Hilda bersatu Semula

17 Oct
Ibu, Ayah dan Anak - Keluarga bersatu semula

Ibu, Ayah dan Anak – Keluarga bersatu semula

Akhirnya Hilda muncul semula dan pulang ke rumah dan bilik Oga. Dia memeluk Beel. Hilda juga menceritakan kisah sebenar tentang Solomon Company.

Evian, Ringo, Nasubi bertemu dengan Takamiya dan Akahoshi

Evian, Ringo, Nasubi bertemu dengan Takamiya dan Akahoshi

Sementara itu, pemimpin samseng di Ishiyama bertemu untuk berbincang tentang menghadapi Fuji. Selain Akahoshi dan Evian, 2 orang yang kalah iaitu Ringo dan Nasubi juga hadir. Mereka bertengkar setelah saling ejek-mengejek. Takamiya juga muncul kemudian. Semua orang terkejut beruk apabila seorang manusia yang tak dikenali (Alain Deloin) muncul dan menyamar sebagai Oga.

Alain Delon menyamar sebagai Oga dan Teddy Bear sebagai Beel

Alain Delon menyamar sebagai Oga dan Teddy Bear sebagai Beel

Oga dan Furuichi berada di Amerika Syarikat bersama Beel dan Hilda. Oga sempat membelasah sekumpulan perompak di situ. Hilda pula teruja mengambil gambar gurun di Amerika kerana katanya pemandangan macam kat Demon World.

Oga membelasah perompak di Amerika Syarikat

Oga membelasah perompak di Amerika Syarikat

Hilda mendedahkan yang Solomon Company bukan saja berpusat di Amerika, tetapi mak kandung Beel ada di Amerika. Kusangka Mak Beel dah mati tapi sekarang dia ada di Amerika ? Ataupun, yang di Amerika tu kuburnya saja ?

Oga dan Hilda berada di USA untuk mencari emak Beel

Oga dan Hilda berada di USA untuk mencari emak Beel

Beelzebub 224 : Hildegarde Kembali !

9 Oct
Mitch dari Solomon Company

Mitch dari Solomon Company

Mitch dan Akinori, pasangan daripada Solomon Company menunjukkan kuasa masing-masing tetapi semua orang tak heran. Oga dan Beel lebih berminat dengan ketam dimiliki Mitch. Mereka fikir ketam itu boleh dimakan. Mitch cuba melawan tetapi dikalahkan dengan sekelip mata oleh Oga. Akahoshi pula mengalahkan Akinori.

Oga mengalahkan Mitch

Oga mengalahkan Mitch

Mamoth, demon dimikili Akahoshi yang kelihatan bodoh

Mamoth, demon dimikili Akahoshi yang kelihatan bodoh

Akahoshi yang kagun dengan kehebatan Oga mengajaknya bekerjasama dan Oga bersetuju tetapi Oga ingat kerjasama itu hanya untuk menangkap ketam yang lebih besar !

Oga tatsumi dan Akahoshi bekerjasama

Oga tatsumi dan Akahoshi bekerjasama

Dan …… jeng … jeng …. jeng ….. Akhirnya setelah beberapa bulan ….

Akhirnya heroin kegemaran ramai, Hildegarde atau Hilda muncul semula.

Hilda memberitahu dia ada maklumat menarik tentang Solomon Company …

Hilda muncul semula

Hilda muncul semula

 

 

 

 

Beelzebub 223 : Kehebatan Misaki

3 Oct
Akinori cuba memikat Misaki

Akinori cuba memikat Misaki

2 orang dari Solomon Company dan Nene bertemu Misaki. Akinori cuba memikat Misaki dan mencabarnya tetapi dikalahkan. Dia tak berpuas hati dan cuba mencabar sekali lagi dan dikalahkan dengan sekali tendang.

Misaki membelasah Akinori

Misaki membelasah Akinori

Misaki musykil dengan dengan kuasa Demon Akinori tapi tetap menang dengan mudah.

Misaki mengamuk

Misaki mengamuk

Nene kagum dengan idolanya. Dia memperkenalkan diri sebagai ketua Red Tail.

Nene

Nene

Sementara itu, Furuichi-Furuichi kecil bergadus antara satu sama lain termasuk seorang yang baru muncul. Oga Tatsumi dan Akahoshi muncul dalam keadaan kotor. Misaki memancutkan air untuk membersihkannya.

Oga dan Akahoshi menangkap ikan

Oga dan Akahoshi menangkap ikan

Orang Solomon Company hilang sabar kerana diperguna dan dimalukan. Mereka bergabung kuasa untuk melancarkan serangan terhebat.

 

 

 

Beelzebub 222 : Nene dan Misaki

27 Sep
Furuichi yang gatal tu cuba mengendap Nene mandi

Furuichi yang gatal tu cuba mengendap Nene mandi

Furuichi yang kecil itu, masing-masing tidak ditemui. Oga dan rakan pergi menemui Kunieda Aoi dan Chiaki untuk mencari Furuichi yang selebihnya. Satu Furuichi kecil berada di rumah Nene dan menjadikan rumah itu seperti rumah sendiri.

Nene

Nene

Dia cuba mengendap Nene mandi tetapi gagal.

Furuichi gagal mengendap Nene

Furuichi gagal mengendap Nene

Dia telah menggoda Nene untuk pergi ke rumah Oga untuk menemui kakak Oga iaitu Misaki. Misaki ialah pengasas Red Tail yang menjadi idola Nene. Nene menjadi tak tentu arah lalu memakai kostum yang mengarut.

Nene dengan kostum mengarut

Nene dengan kostum mengarut

Di rumah Oga, mereka bertemu dengan satu lagi Furuichi kecil yang bersama 2 orang Solomon Company. Gadis Solomon itu cuba menyerang Nene dan merosakkan rumah Oga. Ketika Nene nyaris-nyaris diserang, Misaki muncul dan memukul gadis Solomon itu.

Misaki muncul

Misaki muncul

Beelzebub 221 : Latar belakang Nene Diketahui

20 Sep

Furuichi tak mati apabila tiba keesokan harinya. tetapi dia telah terbahagi kepada beberapa orang, semuanya bersaiz kecil. Akahoshi dan Oga muncul. Mamon, Akahoshi punya demon menampakkan diri dan dia mata duitan. Menurut mereka, Furuichi dalam bahaya.

Nene

Nene

Nene pula pulang ke rumahnya. Rupa-rupanya Nene anak orang baik. Dia ialah budak yang berpura-pura baik di depan maknya. Seorang lagi Furuichi berada di rumah Chiaki. Chiaki telah mencampakkannya kepada adik-adiknya untuk dibuat permainan.

chiaki

chiaki

Furuichi itu dapat melepaskan diri tetapi bertemu pula dengan 2 orang dari Solomon Company

solomon company

solomon company

 

 

Beelzebub 220 : Semua Budak Pun Ada Demon

11 Sep

Woa …. Terkejut beruk aku …

Kusangkakan 1, rupanya ada 3 lagi.

Kusangka 4 saja, rupanya ada 2 lagi.

Berapa banyak budak sekolah yang boleh menggunakan kuasa Demon.

Tak tahu nak kata baik atau tak baik. Kita lihat saja lah apa yang akan berlaku selepas ini.

Beelzebub - Lucipher

Beelzebub – Lucipher

Pembunuh dari Solomon Company cuba membunuh Takamiya tetapi dihalang oleh Lucifer.

Evian - Beelzebub

Evian – Beelzebub

Kemudian, 2 orang budak yang selama ini kita sangka biasa-biasa, tiba-tiba saja ada Demon- Si Botak dengan pedang (Evian dari Sabato) , dan Akaboshi yang rupanya sama macam Oga. Selepas ini, mereka semua perlu melawan Fuji.

Akahoshi - Beelzebub

Akahoshi – Beelzebub

Beelzebub 219 : Musuh Sebenar Muncul

8 Sep
oga dan takamiya

oga dan takamiya

Takamiya belum mengalah lagi. Oga menerima cabarannya. Mereka bergaduh dengan tangan dan Oga menang lagi.

Oga menang

Oga menang

Furuici berjaya diselamatkan. Saotome Zenjirou pula dengan mudah menundukkan dua orang dari Solomon Company itu.

Walau bagaimanapun, apabila segala nampak seakan-akan selesai, musuh yang sebenar muncul.

Musuh baru

Musuh baru

Beelzebub 218 : Oga dan Beel Bersatu Semula

6 Sep
Takamiya Kalah

Takamiya Kalah

Akhirnya Oga menang dan Takamiya yang berlagak itu kalah teruk. Kepalanya disumbatkan ke dalam simen. Hahaha !

Himekawa menunjukkan belangnya yang sebenar. Dia hanya berpura-pura selama ini untuk mengetahui rahsia dunia DEMON dan kekuatan Oga. Dia mahu menyiasat tentang Solomon Company.

Oga dan Beel Bersatu Semula

Oga dan Beel Bersatu Semula

Semua dari St Ishiyama berkumpul. Beel melompat dan melekat dengan Oga semula. Zenjurou pula amat terpegun dengan kekuatan Oga. Tetapi, dua orang yang misteri muncul. Nampaknya, mereka ialah musuh yang baru (?). Mungkin dari Solomon Company ?