Episod terakhir Shingeki No Kyojin, Eren mengamuk dan berlawan dengan Annie.
Banyak bangunan runtuh dan orang terbunuh. Walaupun Annie berjaya memutuskan kaki Eren, Eren mengejar dan mencederakan Annie.
Annie terdesak cuba melarikan diri, cuba memanjat tembok besar tetapi Mikasa muncul dan memotong jari-jemari Annie, lalu menjatuhkan Annie.
Setelah terhempas ke tanah semula, Annie dibelasah Eren hingga tak mampu bangun. Eren kemudiannya membaham kepala Annie hingga wajah manusia Annie kelihatan.
Eren terkejut kerana melihat Annie menangis. Tiba-tiba seluruh tempat beku. Mujur Eren diselamatkan Levy.
Annie gagal disoalsiasat kerana dilaputi kristal yang tebal.
Sesudah perlawanan itu, Erwin disiasat oleh kerajaan kerana menyebabkan banyak kemusnahan dan kematian tetapi Erwin menegaskan ini adalah terpaksa dan segala-galanya tak sia-sia.
Di bilik, Jean, Armin, Mikasa menunggu Eren bangun. Setelah berbincang, Jean dan Armin dipanggil oleh pihak kerajaan. Hanya tinggal Mikasa menemani Eren.
Leave a Reply