Rebecca masuk ke gelanggang. Ada berpuluh-puluh lawan menunggunya. Semua penonton di stadium memaki dan mengutuknya kerana dia ialah keturunan Raja yang lama. Luffy cuba mempertahankan. Cavendish datang dengan kudanya dan memaki para penonton balik tetapi para penonton wanita menyukainya.
Di tempat yang lain, Usop, Robin dan Frankie bersama dengan tentera kerdil bersiap-sedia untuk melancarkan serangan. Zoro pula berlari menuju ke kapal. Dia berjumpa dengan Sanji dan Kinemon.
Di kapal, Nami dan Chopper dalam bahaya. Brooke pula sedang dikawal Jora. Rupa-rupanya Brooke hanya berpura-pura. Akhirnya dia menyerang Jora dan mengalahkan Jora secara tiba-tiba.
Advertisements
Leave a Reply