Anime ini diadaptasi daripada manga oleh Shotaro Ishinomori pada 1970. Dalam tahun 1970, beliau jatuh sakit dan meminta pertolongan Kazuhiko Shimamoto untuk menyambung manganya. Adaptasi kepada anime dibuat pada 2007. Berbeza dengan komik asal, anime berkisar tentang seorang wartawan tabloid bernama Hayato Mikogami yang pulang ke kampungnya di Otomo untuk membuat liputan tentang Skull Man. Di situ, dia bertemu dengan seorang jurugambar muda bernama Kiriko Mamiya. Mereka berdua kemudian menemui kejadian misteri yang bersangkut-paut – dari kumpulan agama, pembunuhan bersiri, syarikat perubatan dan raksasa jadian.
Saya mengatakan cerita adalah tidak bagus. Motif Skull Man langsung tak difahami – adakah dia mahu membunuh untuk membalas dendam atau menyelamatkan dunia. Motif kumpulan agama itu juga tak difahami. Motif syarikat farmasi itu pun tak jelas. Bagaimanakah skull man itu boleh diwarisi. Tidak difahami juga motif tentera yang menceroboh Otomo. Apa yang berlaku kepada Kiriko dan Hayato tak dijelaskan. Segala-galanya berlaku dengan tiba.
Leave a Reply