Pestabola Merdeka 2013 : Hebatkah Malaysia ?

15 Sep

malaysia memenangi Pestabola Merdeka 2013

malaysia memenangi Pestabola Merdeka 2013

Malaysia memenangi Pestabola Merdeka edisi 2013. Tahniah !

Walau bagaimanapun, sekali lagi kita patut bertanyakan , layakkah kita berbangga ?

Pestabola Merdeka edisi kali ini disertai hanya 4 buah negara yang masing-masing menghantar bukan pasukan terkuat. Bahkan mereka cuma dari Asia tenggara, sebuah benua yang paling lemah dalam dunia bola sepak.

20 tahun lalu, kalau Malaysia memenangi pertandingan ini, memang patut dibanggakan. Pasukan gergasi Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan Khazastan menyertai dengan pasukan terkuat. Thailand pada lebih 10 tahun dulu tak selemah Thailand sekarang. Bahkan pada edisi dalam 20 tahun dulu, pasukan kelab dari Eropah bertaraf UEFA Cup menyertai seperti Locomotive Moscow dan CSKA Sofia !

Sebelum itu, saya tetap nak memuji pasukan Ong Kim Swee ini. Mereka bermain dengan kaedah dan mentaliti berlainan daripada pasukan K.Rajagopal. K. Rajagopal daripada waktu Malaysia memenangi Piala Suzuki dulu, bermain dengan hantaran bola jauh dan hantaran-hantaran yang tak tentu arah. Sistem permainan ini adalah teruk ! Memanglah menang. Greece pun dulu pernah memenangi Euro 2004 dengan sistem defensif “park the bus”. Malaysia pada kali itu pun bermain kaedah “park the bus” dan bertahan. Jaringan-raingan pada ketika itu banyak bergantung kepada serangan tiba-tiba dan kebetulan 2 orang pemain ini, Nor Shahrul (Mat Yo) dan Safee Sali sedang “top form”. Bukanlah sebab K. Rajagopal (Datuk ?). Sistem hantaran jauh dan passing yang tak tentu arah dikekalkan hingga kelemahannya terbongkar bila pemain-pemain top seperti mat Yo dan Safee Sali sedang off-form. 

Pasukan Ong Kim Swee sekurang-kurangnya cuba bermain possession football (memang lah langsung tak boleh melawan Barcelona atau Arsenal) tetapi mentaliti itu lah yang patut dikekalkan. Ong Kim Swee pula dengan strategi yang jelas iaitu pemain-pemain yang kuat dan besar sebagai pemain bek manakala peman-pemain berlari laju menjadi penyerang. Midfiel pula sedaya upaya melindungi bola dan cepat-cepat buat short pass antara satu sama lain. Kalau lah dengan cara permainan ini, kita pun tak kisah kalau kalah, sebab strategi ini lah yang dalam jangka panjang boleh menjadikan Malaysia kompetitif di peringkat antarabangsa.

Pestabola Merdeka

Pestabola Merdeka

Satu yang kita lihat pada Rajagopal ialah setelah bermain tak tentu arah, dia putar-belit tak pernah nak cakap apa yang berlaku. Segalanya macam hentam keromo. Ketika kalah kepada barcelona hari itu, mereka bermain secara “park the bus” dan pengulas-pengulas memuji strategi yang anti football. Apa guna bermain dengan park the bus sebab itu tak menunjukkan kebolehan sebenar. Adakah Malaysia nak meletakkan semua pemain dalam kawasan sendiri kalau bermain dengan pasukan lemah seperti Indonesia dan Macao ? 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: