Kenapa Johor Darul Takzim Gagal ?

14 Sep

Umum mengetahui JOHOR Darul Takzim di bawah kepimpinan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail telah berusaha gigih dan berbelanja besar untuk memperkuatkan pasukan JDT pada musim ini. Namun begitu, JDT sehingga kini gagal memenangi sebarang gelaran. Kenapa ?

Daniel Guiza, bekas penjaring terbanyak Liga Sepanyol

Daniel Guiza, bekas penjaring terbanyak Liga Sepanyol

 Daniel Guiza

Pemain yang dipinjam dari Getafe, kelab Liga Primera Sepanyol. Dia, pemain mempunyai reputasi paling besar pernah bermain di Liga Malaysia. Dia pernah memenangi anugerah Kasut Emas Penjaring Terbanyak Liga Sepanyol (tanpa sebarang penalti). Dia pernah bersama pasukan Sepanyol dan memainkan peranan penting memenangi Kejuaraan Eropah. Ketika dia bermain untuk Johor Darul Takzim, jelas sekali balance, skil, dan teknik asas bola sepak sangat bagus, malahan amat sempurna jika dibandingkan dengan pemain terbaik dunia yang lain, jauh bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan pemain dari Malaysia yang kemahiran amat kurang.

Tapi dia dilihat sangat kurang mendapat sokongan rakan sepasukan. Guiza sentiasa dilihat terpaksa berlari ke sana-sini untuk mendapatkan bola kerana bola asyik tak sampai kepadanya. Akhirnya, kebolehannya tak dapat digunakan, sebaliknya Johor DT telah berubah kepada sebuah pasukan yang membazir tenaga, melakukan counter attack.

Pertahanan yang lemah dan senang bocor

Aidil, dahlah lari perlahan. Ada masalah rumah tangga dengan Rita Rudaini mengganggu persembahan

Aidil, dahlah lari perlahan. Ada masalah rumah tangga dengan Rita Rudaini mengganggu persembahan

Pada sebahagian musim liga, para pemain pertahanan JDT sentiasa hilang fokus dan membuat kesilapan mudah. Kalau dilihat, pemain pertahanan terlalu kurus dan mempunyai fizikal yang tak kental, sentiasa dengan mudah ditolak ke tepi oleh pemain lawan. Azmi Muslim dan Aidil tak menonjol. Muslim pula seorang pemain secara fizikal selalu ditolak ke tepi dan ke belakang oleh pemain lawan. Aidil Zaquan pula berlari perlahan, sentiasa dikalahkan dalam perlumbaan mengejar bola. Teknik-teknik “interception” dan “melanggar bahu” langsung tak digunakan oleh pemain pertahanan. Tambahan pula, bola dari pemain pertahanan sentiasa salah dihantar, menunjukkan kemahiran “passing” yang amat lemah. Muslim, yang selalu digembar-gemburkan sebagai pemain bek berbakat sebenarnya tidak. Dia ni jenis seperti bekas pemain Real Madrid yang poyo semasa zaman Zinedine Zidane and co dulu iaitu Francisco Pavon. Tinggi, memamng tinggi tapi badan sekeping, lari perlahan, manakala teknik “shouldering”,”shielding”, dan “Tackling” yang lemah.

Muslim, pemain pertahanan yang kurang berbakat

Muslim, pemain pertahanan yang kurang berbakat

Safiq Rahim yang tak berkebolehan

safiq rahim, tak berbakat dan tak boleh buat apa-apa selain freekick dan hantaran jauh

safiq rahim, tak berbakat dan tak boleh buat apa-apa selain freekick dan hantaran jauh

Pernah lihat David Beckham ? Atau Juninho ? Safiq Rahim ialah seorang pemain yang jenis yang sama seperti dua orang tadi. Larian perlahan, pengawalan bola yang kurang baik,  badan fizikal yang tak besar, tetapi hantaran jauh, freekick dan set piece yang amat bagus. Sumbangan pemain-pemain seperti ini sebenarnya amat terhad kepada keadaan bola mati (dead ball situation). Pemain-pemain jenis ini jarang dapat mencipta gerakan atau menstabilkan permainan. Mereka mungkin berguna jika pasukan mereka bermain dengan strategi counter attack dengan banyak pemain berlari laju seperti Real Madrid dan Tottenham atau manchester United. Untuk JDT yang banyak pemain yang tak berlari laju dan pertahanan yang senang bocor, Safiq Rahim tak berguna.

Ada lagi perbezaan antara David Beckham dan Juninho dengan pemain Malaysia macam Safiq Rahim. Kalau dilihat kebolehan Safiq ketika dia bermain bersama Selangor, Johor, dan Malaysia :

1) Bola pergi ke tempat lain, Safiq pergi ke tempat lain – dengan kata lain “Anticipation / Ramalan” dia amat lemah

2) Selalu dilihat bola terlepas bila sampai kat dia, dan bila “One on One”, pemain lawan tak payah bersusah payah nak merampas bola daripada dia. Pendek kata, kawalan bola amat lemah. David Beckam pun sekurang-kurangnya akan berusaha membuat shielding atau buat hantaran cepat untuk menyelamatkan bola. Apabila Safiq selalu hilang bola dengan mudah, possession tak dapat dikekalkan, seluruh pasukan kelam kabut kerana selalu diserang dengan tiba-tiba.

3) Hantaran Pendek (short pass) yang tak bagus. Ini menunjukkan kemahiran asas bola sepak yang lemah. Sudahlah dribbling dan ball control amat teruk, short pass selalu pergi ke pemain yang salah atau terlalu kuat atau lemah hingga rakan sepasukan yang menerimanya selalu tak dapat. Memanglah hampir semua pemain Malaysia macam ni, tetapi kalau seorang yang patut menjadi Playmaker pun macam ni, memamng habislah.

Mat Yo, pemain berskil tinggi yang selalu kecewa

Mat Yo, pemain berskil tinggi yang selalu kecewa

Kalau dilihat pemain-pemain JDT kecuali Safee Sali, Awe, Mat Yo, Simone, Nunez, dan Guiza – pemain yang lain mempunyai teknik asas bola sepak yang amat lemah. Tiada balance ketika menerima atau membuat hantaran, langsung tak tahu membuat “shielding”.

Awe, Azwan Roya, pemain berskil pandai menggelecek

Awe, Azwan Roya, pemain berskil pandai menggelecek

Rata-rata pemain negara ini amat suka bermain strategi “Hit and Run” – sesuatu yang Dollah Salleh dan para pengulas sukan tempatan puji sebagai “baik” dan “cantik”. Tendang bola jauh-jauh dan kejar sekuat hati. Sesuatu yang pemain di EPL suka buat tetapi gagal bila masuk pentas antarabangsa. Cuma pemain Malaysia badannya jauh lebih kecil dan tak selaju pemain Inggeris, jadi strategi ini selalu memakan diri.

Apa yang selalu berlaku, pasukan-pasukan yang melawan JDT bermain defensif dan counter attack dengan kaedah “hit and run”. Pasukan-pasukan tempatan suka menghantar bola ke tempat kosong di sebelah kiri dan kanan, lalu seorang atau 2 orang pemain akan mengejar sekuat hati. Simple saja tapi JDT tak dapat nak kawal. Pemain bek JDT selalunya berlari perlahan dan teknik defensif yang lemah (seperti pemain Malaysia yang lain), akan kelam kabut bila terkena keadaan seperti ini. Selalunya, memang menyakitkan hati melihat kedua-dua pasukan tempatan berlawan – seolah-olah melihat 2 pasukan yang teruk bertarung antara satu sama lain. Lebih menyakitkan bila pengulas sukan memuji permainan teruk ini macam ke langit.

KL14_260911_SAFEE

Safee Sali yang selalu duduk-duduk sebab cedera, banyak bisnes kat luar dan ada masalah rumah tangga

Safee Sali yang selalu tak bermain, menyebabkan pemain yang boleh betul-betul mengawal bola tinggal 3 orang saja iaitu Guiza atau Nunez, Mat Yo, dan Awe. Edzri pun kadang-kadang OK, kadang-kadang tak OK kawalannya.

Nunez, wapaupun gemuk, tetapi teknik baik, banyak membantu dalam possession dan one on one

Nunez, wapaupun gemuk, tetapi teknik baik, banyak membantu dalam possession dan one on one

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: