Perez Berdamai dengan Ozil

13 Sep
Ozil mengambil freekick

Ozil mengambil freekick

Sebelum ini, dalam satu surat terbuka kepada media di Jerman, ayah Mesut Ozil iaitu Mustafa Ozil, mengancam untuk menyaman Presiden Real Madrid, Florentina Perez kerana satu kenyataan di sebuah akhbar Sepanyol daripanya yang mendakwa Ozil seorang kaki perempuan. Ini memalukan Ozil. Menurut Mustafa, ini sengaja dikeluarkan Perez untuk mengalihkan perhatian para penyokong dan pemain Real Madrid yang marah kerana penjualan Ozil.

Mesut-Ozil tidak diutamakan Ancelotti

Mesut-Ozil tidak diutamakan Ancelotti

“Perez bukan seorang yang patut dihormati. Mesut sekarang dijadikan kambing hitam dan saya ayah yang tamak. Ini permainan yang sengaja direka. Kami akan mempertahankan diri dari undang-undang. Kalau dia suka keluar malam, tidak mungkin Ozil dapat bermain setiap perlawanan. Mereka menyalahkan Ozil sekarang kerana penyokong dan pemain sudah marah.” kata Mustafa.

Ozil dan Cristiano Ronaldo

Ozil dan Cristiano Ronaldo

Adalah diketahui umum, beberapa pemain malahan para penyokong tidak menyenangi tindakan menjual Mesut Ozil kepada Arsenal dengan harga 42.5 juta pound sterling itu. Ozil memberi sumbangan yang amat besar dengan 108 penglibatan terus kepada jaringan gol daripada 158 penampilan bersama Real Madrid.

Mesut Ozil menggelecek 2 orang pemain lawan

Mesut Ozil menggelecek 2 orang pemain lawan

Real Madrid pula bertindak balas, dengan kenyataan terbuka bahawa mereka tiada sebarang kaitan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Sepanyol itu. Kenyataan Perez telah diputarbelitkan. Mereka juga amat berterima kasih kepada sumbangan Mesut Ozil sepanjang bersama Real Madrid dan berharap dia akan berjaya di Arsenal.

Mesut Ozil, bekas playmaker Real Madrid

Mesut Ozil, bekas playmaker Real Madrid

Dengan ini, keluarga Ozil tidak lagi meneruskan tindakan mahkamah terhadap Perez.

Mesut Ozil berdoa dan membaca ayat Al-Quran

Mesut Ozil berdoa dan membaca ayat Al-Quran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: