Gareth Bale Tidak Layak Bergelar PEMAIN TERMAHAl DALAM SEJARAH

9 Sep
Gareth Bale di Real Madrid - Pemain Termahal di dunia

Gareth Bale di Real Madrid – Pemain Termahal di dunia

“Gareth Bales tidak bernilai 86 juta pound !” – menurut lagenda bola sepak, Zinedine Zidane.

Zidane, yang berpindah ke Real Madrid pada 2001, sebagai pemain termahal dunia ketika itu dengan nilai perpindahan 75 juta pound sterling, sebelum menjadi pengarah dan kini penolong jurulatih Real Madrid, berkata :

“Adakah berbaloi membeli Bale pada harga itu ? Soalan ini patut ditanya 1 tahun akan datang. 10 tahun lalu, saya menyedari saya tak bernilai 75 juta pound. Sekarang pun, saya masih berfikir yang sama, tiada pemain yang patut bernilai begitu mahal.”

“Tetapi 2 kelab (Real Madrid dan Tottenham) telah bersetuju dengan nilai perpindahan itu. Tapi, itulah bola sepak. Kadang-kala, mustahil untuk difahami. Susah untuk difahami apa yang berlaku pada masa sekarang.”

Zidane berkata lagi, “Bale faham kesan kedatangannya ke sini. He berpindah ke kelab terbaik dunia. Tambahan pula, dengan nilai perpindahan yang begitu mahal.”

Zinedine Zidane ketika memenangi Piala Dunia 1998

Zinedine Zidane ketika memenangi Piala Dunia 1998

“Saya pernah mengalami pengalaman ini. 3 bulan pertama, amat sukar. Saya sampai berfikir jika berpindah ke sini, adalah perkara yang betul. Tapi, saya focus ke permainan atas padang, dan segala-galanya berjalan lancer.”

“Saya berperanan memberitahunya, dia hanya perlu melakukan apa yang dia biasa lakukan dan tidak member tekanan kepada diri sendiri. Dia ada potensi yang besar dan dia telah membuktikan sepanjang 3 tahun kebelakangan ini. Dia masih ada ruang untuk peningkatan, dia masih 24, dia mampu memberikan banyak sumbangan kepada Real Madrid.”

“Saya langsung tidak akan membayar 100 juta pound untuk Bale. Tapi ia (Real Madrid) membayarnya kerana ahli (lembaga pengarah) membenarkannya. Saya tidak mampu berkata apa-apa.”

Luis Figo mempunyai teknik yang jauh lebih hebat daripada Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale

Luis Figo mempunyai teknik yang jauh lebih hebat daripada Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale

Untuk pemain yang berharga “paling mahal”, seseorang pemain itu perlu mempunyai skil dan kebolehan yang lengkap dan menarik. Ini sesuatu yang ada pada pemain hebat yang lepas seperti Zinedine Zidane, Ronaldo, dan Luis Figo. Cristiano Ronaldo mungkin masih boleh dipertimbangkan sebagai bernilai tinggi. Tetapi, Gareth Bale, jika lihat apa yang dibuat atas padang, dia tidaklah mempunyai kemahiran yang cantik dan pelbagai. Dia hanya seorang yang berlari amat laju.

Ronaldo Gemuk (Brazil) lebih laju dan lebih berskil berbanding Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale

Ronaldo Gemuk (Brazil) lebih laju dan lebih berskil berbanding Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale

Cristiano Ronaldo membuat banyak skil dan pergerakan yang tidak berguna

Cristiano Ronaldo membuat banyak skil dan pergerakan yang tidak berguna

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: